Softskills : Mural Painting

21 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan aktiviti iaitu Mural Painting. Objektif utama aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat dan memenuhi masa peserta daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Aktiviti melukis dan mewarna mural ini juga dapat menambah ketelitian dan kepekaan peserta terhadap sesuatu. Seperti yang umum ketahui, mural ini adalah seni yang boleh meningkatkan aura positif kepada pelukis/pengecat bahkan kepada sesiapa sahaja yang melihat lukisan mural. Jadi, dengan adanya lukisan mural ini di PEDi, kita berharap semua pengguna mengalami dan merasai aura dan impak positif sepanjang berada di sini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali